Nasrul Ali Hasan Abdul Latif
Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Nasrul Ali Hasan bin Abdul Latif (Jawi: نسرول علي حسن عبدال لطيف ; lahir pada 24 Julai 1991) berasal daripada Klang, Selangor dikenali dengan nama Nasrul Ali Hasan atau lebih mesra dipanggil dengan nama Nash, adalah seorang ahli politik di Malaysia. Anak bongsu daripada lima adik-beradik kepada pasangan Abdul Latif bin Sadeli dan Ramlah binti Mohamad Sharei ini dibesarkan di Kampung Seri Kenangan, Klang sebelum berpindah ke Taman Sentosa, Klang pada tahun 2003. Sejak kecil Nasrul dididik dengan penuh ketegasan dan disiplin yang tinggi khususnya dalam ilmu agama dan matematik. Beliau merupakan salah seorang jawatankuasa penaja[1] Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) bersama-sama Dato' Paduka Dr. Ibrahim Ali, Tan Sri Haji Mohd Khalid Mohd Yunus dan Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz. Beliau merupakan ketua sayap pemuda parti Putra atau dipanggil Ketua Pergerakan Wira Putra Malaysia yang pertama sejak 8 Mei 2019 (Rabu)[2][3] iaitu selepas penubuhan parti tersebut menerima kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).Nasrul Ali Hasan juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) pada Januari 2019 hingga Julai 2022.[4] Beliau juga telah dilantik menjadi Ketua Sayap Pemuda Gerakan Tanah Air yang pertama oleh YB Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 18 Ogos 2022.[5]